_ aKu CiNTa PaDaMu _

Daisypath Anniversary tickers

CaHaYe MaTa...aBaH & iBu.

My Best`day

Daisypath Happy Birthday tickers

My LovelY HubbY

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 8, 2012

PeTua uNTuK CaNTiK

Petua Elak Bau Badan Busuk

1. Kerap mandi 
2. Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar 
3. Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang) 
4. Berhenti merokok.





Petua Untuk Mencantikkan Bibir Anda

1. Ambil sedikit saja mentega dan sapukan hingga rata di sekitar kawasan bibir anda.

2. Lakukan proses ini pada setiap malam iaitu ketika sebelum tidur. Amalkanlah petua ini sehingga bibir anda kembali segar dan warnanya pun kembali pada asal.





Petua Untuk Menggebukan Kulit Badan

Sental badan dengan hampas kelapa yang telah diparut. Sapukan pada seluruh kulit badan termasuk leher sekali. Amalkan 2 minggu sekali. Hasilnya memang memberangsangkan. Kulit nampak lebih cerah dan bercahaya.





Petua Untuk Merawat Kulit Muka Kering 

Untuk mengatasi tompok-tompok putih di kulit muka akibat cuaca panas, bersihkan muka anda dengan air panas suam. Setelah itu sapukan madu yang sudah dimasak dan menjadi panas suam pada kulit muka dengan menggunakan jari tangan. Picitlah perlahan-lahan supaya meresap dan biarkan lebih kurang ½ jam. Kemudian, bersihkan dengan air panas suam dan bilas pula dengan air. Amalkanlah selalu.





Petua Elakkan Rambut Berbuah

Panaskan sedikit minyak kelapa. Apabila suam sapukan pada rambut dan biarkan sebentat kemudian cuci seperti biasa Amalkan setiap hari. Dalam masa seminggu anda akan dapat melihat perubahannya. Selain dari mengatasi rambut berbuah, rambut akan turun kelihatan hitam dan bersinar.





Petua Untuk Melembabkan Muka 

Ambil kobis dan madu lebah. Hancurkan kobis dengan menggunakan mesin pengisar. Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah. Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan tersebut. Kulit muka anda akan menjadi lembab dan segar.






No comments:

Post a Comment