_ aKu CiNTa PaDaMu _

Daisypath Anniversary tickers

CaHaYe MaTa...aBaH & iBu.

My Best`day

Daisypath Happy Birthday tickers

My LovelY HubbY

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...mari lah kite same2 memahaminya..


Maksud Maal Hijrah

Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.
Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari no 6484) 

from : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/11/maksud-maal-hijrah.html

Friday, November 25, 2011

Qalesya Jatuh Kereta Oren...

Qalesya jatuh kereta die...nie baru je berlaku...kejap tadi...sekarang die sedang tido..selak anak aku menangis tadi..nie semua salah aku dah suami gak...

ceritanyer cannie...aku nak mandi dan biar jap Qalesya dengan abah die...baru abis mandi dan nak siap..tiba2 dengar Qalesya menangis kuat sgt...pe lagi...tgk2 Qalesya dah jatuh..aku pun jerit bagai xmau..cam org giler...(time Qalesya accident tu...si Gemuk sedang berbaring...Suami aku nie biasa lar...lambat dapat baring je...sure nak lelap...) 

Rase nyesal bg die jaga anak tadi...aku bukan mintak tolong jaga 24 jam...kejap je aku nak mandi..pun xleh di harap kan...sakit hati aku...dah lar die malam2 tido xingat dunia...klo abah lain aku sure xleh tido klo anak bangun malam kan..tapi tidak suami aku...die lagi leh tido siap berdengkoh...sakit ati aku...tapi ku sabar je...ari nie.memang aku geram..dah lar lame aku tak dapat blk Penang...raye haji x blk g pun...

xpe lar biar je lar malas nak di ungkit...lepas nie...aku takkan biar Qalesya dengan die...anak sorang pun die xleh nak jaga..nie ade ati nak anak ramai...sorry lar....i will think first...before take action...


nie gambar yg aku nak abadikan kat blog nie...supaya nanti aku akan beringat2...

Jom layannnnnnn...........


dah tido...lepas menangis dengan kuatnyer


nasib kereta oren 


dah pecah


dah terbelah dua


dah tecabut


hasil pecahan


dinding yg menjadi saksi...hempasan ku...


 tempat accident berlaku...

Sebelum nie ok je die lalu kat sini...entah kenape jadi cam nie hari nie...agak nyer mungkin kerana kereta tak service kot...so jom g service keta b4 this happen..
amik jadi terladan buat Mommy2 kat luar sana k...

Risau aku...kena g jumpe pakar x?



Saturday, November 19, 2011

JaMuaN GuRu Sek. Keb. Serting 3 (F)

Assalammualaikum...semalam kami sekeluarga di jemput oleh Guru Besar Sek. Keb. Serting 3 (F) ke Jamuan Akhir Guru..w...w...w...formalnyer...

sebenarnyer...abah ajak kite orang join..so aku tak melepaskan peluang terus setuju je...rindu nak jumpe kawan2 mengajar kemarin...huhuhu...yoyoa je aku nie...

Jamuan di buat di Komplek Sukan Rakan Muda Daerah Jempol je..makan2 ok lar...cam g kenduri kawen je...hehehe...yg special..kite orang dok meja VIP...almaklum lar....keluarga Guru Besar...hehehe...so special kit lar makan kite orang nie...pe2 korang layan lar gambar nie k...xlarat nak membebel panjang kat sini...




Qalesya baru sampai...tadi tido dlm keta..



masih mamai...Princess Qalesya



Makan Jom!!!





suke sgt isap @ gigit jari sendiri





Pn Siti Azura ( akan berpindah ke Johor )



Qalesya dan Uwan



Qalesya yg comel



Atuk Qalesya (Guru Besar)



Qalesya dan Ibu



tengok tu tak tahu nak dok diam



Princess with mummy



Suke sgt...



Buat bucuk kat abah die...



nak p main dengan abang2 dan kakak2 kat situ



suka buat mulut camnie bila nak suap makan...



semua nak di capai..





Qalesya and Ibu again..



Abah Qalesya (berdahi dongga)



Ibu and Uwan Qalesya



tengok tu...!!! atas kereta pun die nak meniarap !!!



sleeping time...mengamuk dah...


Sekian Terima Kasih kerana sudi menjamu mata di sini...
bye...bye...bye....



PESANAN UNTUK SUAMI



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni Senteng sahaja.Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”



By : Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Wednesday, November 16, 2011

SeLaMaT HaRi JaDi ke 6 BuLaN


Qalesya bawa keta abah...jom ibu!!!




Assalammualaikum...Selamat ulang tahun ke 6 bulan anak Ibu..cepat nyer masa berlalu dah setengah tahun dah Qalesya nie...huhuhu...rindu nyer Qalesya yang masih bayi kemarin...


Tentang Qalesya..


  • Qalesya dah pandai senyum bila orang buat senyum n bila orang acan die,Qalesya akan gelak kuat2..cam sape lar tu..bikin malu je....hehehe...

  • mainan Qaleysa pun dah banyak dan de yg dah rosak kerana keganasan abah Qalesya bermain...orang beli kat anak die sibuk main..cam mase kecik xcukup puas main je...over lar abah nie...Qalesya pun ganas gak...kereta die pun dah rosak tayar kerana die bawa laju2..Qalesya...Qalesya...

  • Qalesya BUCUK...bila cium je...busuk je Qalesya nie...dulu wangi je bau bayi...sekarang dah busuk dek peluh..mane tak peluh..lasak main Qalesya..tak pernah dok diam...

  • Qalesya dah pandai berdiri...bila de orang baring dekat die sure die nak panjat n berdiri..sambil2 melangkah dan pegang orang..kadang2 tu die lepas kedua2 tangan..cam orang besar nak berdiri sendiri..last2 jatuh..hehehe...mujur atas tilam klo kat lantai  eeee....jgn lar..risau aku...so sekarang aku akan siap kan tilam mainan die..for you safety my dear...

  • Qalesya juga dah pandai beraksi depan camera...dulu pandai tengok camera sekarang dah pandai senyum n beraksi...tak sangka anak sape lar nie...sape lar ibu die...hehehe....

  • Qalesya sangat suke makan same dengan orang besar...time orang makan die akan sibuk nak makan..so aku akan siap kan bubur die...jadi bila die tengok abah die makan die pun makan jadi banyak die makan...klo nak bagi makan susah...kena pujuk2 baru nak makan..sekarang die dah makan 2 kali sehari...semoga Qalesya suke makanan yang ibu sedia nie...

  • pe lagi ye, ok..nak mandi kan Qalesya sekarang amat lar susah...mne tak nyer die sibuk nak tangkap mainan die dalam air tu...susah ibu nak bagi mandi...Syukur di atas kebijaksanaan ibu...Qalesya dah boleh di bagi mandi dengan senang... (angkat bakul...hehehe...)

rasenyer setakat nie je tentang Qalesya...nanti de mase Ibu Qalesa updated g k..nak ronda2 blog masak2 cari resipi untuk minum petang nie..jom..bye.





Monday, November 14, 2011

Blended Orange Cake

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak (Dy ganti dengan marjerin cair)
  • 2 cawan gula halus (guna gula biasa je...)
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
  • Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. (Dy hanya ambil isinya sahaja)
  • Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. (Dy tambah kulit limau yg di parut)
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan digriskan.
  • Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak. (Dy guna oven bulat lame..yg guna dapur gas...so Dy agak2 masak n angkat je..)

nie lar aktiviti aku ahad lepas...lepas je siap maraton kemas rumah bersama EN. suami so aku pun cari2 lar resepi tuk minum petang kami..resipi nie simple n easy sgt nak wat..korang try lar sure korang suke...leh tambat hati si dia...try lar aku berjaya...last leh rase makan luar...dah lame tak makn luar same2...mamam tomyam n ikan bakar..yum3x...(alamak kenape de mamam lak nie..for sure nie ayat Qalesya lar nie...hehe....for info Qalesya dah start makn bubur nasi sekarang..apy tgk anak riang je mamam pe kite masakkan..)Thanks Allah coz beri aku peluang nie bersama anak dan suami tercinta..Semoga Kami sentiasa bahagia dan dalam rehda mu..Amin.


Sumber : Kak Fida@MYR
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang


MUHASABAH...




Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.


...................................................

RINTIHAN

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: 

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~

nak copy pic? silakan je. Nak copy nota, nak post kat akaun sendiri? pown ok je..semoga bermanfaat..

Saturday, November 12, 2011

Ujian Allah : Sejauh Mana Keredhaan Kita?

Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.

Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"
~LB~By: Dunia macam-macam

SeLaMaT PaGi SeMua....

Assalammualaikum and Selamat pagi semua...Semoga semua sehat and ceria sokmo...hehehe..Awalnyer berblog aku nie...bukan pe..sementara Qalesya tido and keje pun dah settle tu menggodek2 blog nie...nak cari resepi tuk petang nie lak...

Pe plan korang semua hari nie...aku and En suami xde plan pe..sume esok ingat nak kemas umah same2...mne tak nyer hari tu aku sibuk keje pastu dah nak raye..asyik tinggakan rumah je..dah berdebu setebal2nyer...so hujung minggu nie je leh kemas..En suami pun cuti..umah yg kat atas dah lame xnaik2 pun...asyik tido bawah je...risau nak tido katil sekarang..coz Qalesya dah pandai merangkak...de satu malam...ibu abah tido Qalesya tolong keje abah die...abis semua kertas2 keje nak di makan..mujur ibu tersedar...risau lar sekarang...klo si kecik nie tak tido..ibu memang xleh tido risau die merayap..hehehe...

ala dah bangun budak tecik nie...k nanti sambung nie de sikit nak share..jemput baca k...

Thursday, November 10, 2011

Karipap Sardin

Bahan-Bahan (untuk 15 biji)


* Bahan Inti : 
* 1 Tin sardin (Ayam Brand) dilenyek 
* 1 Biji bawang besar (Dihiris nipis) 
* 1 Biji cili merah (Dipotong serong) 
* Daun sup (Diracik halus) 
* Sos Tomato 
* Garam 
* Gula 
* Perasa 
* Limau nipis (Perahkan airnya) 


* Bahan Doh : 
* 2 Cawan tepung gandum 
* 2 Sudu besar marjerin 
* Air untuk menguli (Lebih kurang 1/4 cawan) 
* secubit garam dimasukkan ke dalam air 


Cara-cara 
1. Untuk Inti : Gaulkan kesemuanya. Rasalah masam dan masinnya. 
2. Untuk Doh : Masukkan marjerin ke dalam tepung gandum. Ramas tepung dan marjerin hingga rata. Kemudian masukkan air yang dibubuh sedikit garam, Uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air untuk mendapatkan kulit yang rapuh. 
3. Goreng karipap dengan api yang sederhana supaya kulitnya licin dan rangup.

Sumber: myresipi.com


Disebabkan kebosanan.. xtau nak buat pe..lagi pun Qalesya pun tido so aku pun godek2 kat internet n jumpe resipi nie..tu wat tuk minum petang nie...gambar xdapat nak upload..kerana camera antik ku kehabisan bateri...huhuhu...

SURAH AL KHAUSAR

 



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.


Salam Ukhuwah..~

Wednesday, November 9, 2011

-PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA-



Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

come back...

Assalammualaikum...dah lame aku tak buat entry untuk blog aku nie...bukan malas tapi jadual harian ku yang amat padat sejak akhir-akhir nie..nie pun kerana sepupu sebelah suami ku bertanya semasa raya aidil adha baru2 nie..tu aku gagahkan tangan menaip kat sini..kesian die..rajin die membaca blog ku yg tak seberapa nie..de juga aku peminat blog ku..hehhehe...ayat cam sedih je...


berbalik kepada kesibukan ku yg lalu...ini semua kerana aku sempat bergelar guru dan tinggal di rumah mertua ku...walau hanya untuk 2 bulan...syukur alhamdulillah de gak pengalaman keje ku...huhuhu...sekarang aku kembali jadi housewife..banyak cerita yg aku tertinggal nak share kat sini...nanti-nanti lar ye...
Qalesya nak nenen nie....bye.