_ aKu CiNTa PaDaMu _

Daisypath Anniversary tickers

CaHaYe MaTa...aBaH & iBu.

My Best`day

Daisypath Happy Birthday tickers

My LovelY HubbY

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, June 29, 2011

PETUA SELEPAS BERSALIN

PETUA SELEPAS BERSALIN

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:

  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

Alhamdulillah...Dah hari ke 46.

Syukur...Alhamdulillah...dah lepas 44 hari pantang...lega kit rase...xde rimas2 cam selalu...huhuhu...walaupun dah lepas 44 hari...aku still berpantang sampai 101 hari...dimana bertungku, berbarut dan diet pantang still di teruskan...cume xpantang kuar jalan2 je...heheheh...so pasnie dah nak blk dok umah sendiri...semua kena wat sendiri dah xleh manja2 dengan mak dah...harap2 boleh lar aku handle sendiri...risau aku...Qalesya klo menangis aku pun menangis sme nanti...sensitif lar...camne nak kuat ye...suami pulak keje jauh...seminggu sekali baru balik...rumah byk problem...dah suarakan kat suami nak pindah..tapi xtau lar..die nak ke x...klo setakat aku xrisau sgt...yg risau Qalesya..aku nak Qalesya selesa je...

Minggu depan Qalesya nak balik Sg. Lui..ramai lagi sedara kat N9 xtgk Qalesya...rase nyer dok sana kejap kot...sementara abah Qalesya cari umah...pe2 ikut pada Big Boss...

ingat nak update detik nak bersalin tapi nanti lar...xde masa g...Qalesya dah nak nenen nie...bye.