_ aKu CiNTa PaDaMu _

Daisypath Anniversary tickers

CaHaYe MaTa...aBaH & iBu.

My Best`day

Daisypath Happy Birthday tickers

My LovelY HubbY

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

suka jenguk di sini

Salam...masa aku mengandung...aku suke jenguk2 kat sini...dah lame dok simpan xsempat nak post kan...nie aku nak post...so nnt tuk bakal2 ibu leh wat rujukan k..kite usaha..Tuhan yg tentukan..


http://arissazoela.blogspot.com/search/label/epidural

http://impianfikaryna79.blogspot.com/2010/12/kalau-bersalin-normal.html

http://nonaku.com/blog/blog1.php/2010/01/13/bertangas-atau-mandi-wap

http://nonaku.com/blog/blog1.php/bersalin/?paged=2

http://nonaku.com/blog/blog1.php/2009/01/24/amalan-meminum-ubat-periuk

JoM BeRKeBuN & MeNTeRNaK

Salam....nie dulu...sebelum aku mengandung...bila dah mengandung kami hantar itik-itik nie dok Sg Lui...kenduri lenggang perut aku kenduri kan itik-itik nie...sodap.....




Gambar2 tanaman kami n itik nak kena sembelih xleh nak upload..nanti de masa aku upload k...

ROTI DOH ASAS

ROTI DOH ASAS
- sumber Kak Fida MyResepi, dan di share oleh Ila Che Su..


Bahan-bahan :
600 g tepung roti ( 5 cawan rata) *cheq sue campur dengan wholemeal flour, saya pakai tepung roti plain aje
120 g gula halus (1/2 cawan rata)
1 sk rata garam
2 sb susu tepung (opt)
5 sk rata yis segera 
1 biji telur
250 ml air
60 g mentega - lembut (2 sb penuh)
*cheq sue tambah 3 sb madu


Cara-cara
Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll. Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.





Kek lapis asam masin kukus

Bahan2:


1 cawan serbuk biskut tawar 
4 biji telur
3/4 cawan butter
3/4 cawan gula
1 sk ovallete
3 sudu besar susu pekat


Cara buat Simple sangat...pukul butter, gula sampai kembang kemudian masuktelur sebiji demi sebiji...masuk ovallete dan susu pekat...pukul lagi sambai sebati...kemudian masuk kan serbuk biskut...bahagi 2...boh kaler...bakar satu layer selama 5 minit atau layer masak baru susu asam dan boh layer kedua...
siap.

Selamat mencuba..nie resepi ikut kepala aku je...coz aku penah dah buat ikut resepi mak mertua..nie saje nak cari resepi yg mudah n guna cara yg sama...hehehe...kretive x? (bangga diri)

Roti

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung roti.
2 cawan tepung wholemeal.
3 tbsp gula perang.
3 tsp yis segera.
1 biji telur+ air=1 cawan.
4 tbsp plain yogurt.
2 tbsp butter.
1/2 tsp garam.


Cara-caranya:)
  • Masukkan semua bahan-bahan diatas  kedalam mangkuk pengadun(Cm guna KA)
  • Uli  sehingga doh kenyal.Tutup mangkuk pengadun dan biarkan doh naik double saiz asalnya.
  • Keluarkan doh dan tumbuk buang anginnya.
  • Bahagikan doh kepada 3 bahagian  dan bulat-bulatkanya.
  • Aturkan ke dalam dulang (sapu sedikit butter pada dulang)
  • Bakar hingga masak.

Kek Coklat Kukus



Sumber : MaDiHaA


Bahan-bahan:

Bahan A

    * 1 cawan gula pasir 
    * 1 cawan serbuk koko 
    * 1 cawan susu cair 
    * 1 cawan susu pekat 
    * 1 cawan minyak masak 
    * 1 sudu kecil serbuk nescafe - dy xbuboh pun

>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak

    * 3/4 cawan tepung gandum 
    * 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat 
    * 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder 

Bahan C

4 biji telur - diblender 


Cara-cara

  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dengansenduk.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yang pertama takut kek jadi mendap.

klo nak sedap g..cair kan coklat cooking and simbah kat atas kek coklat tadi an hias dengan coklat urai berwarna warni or putih...sure look nice...

Ayam Panggang ala kenny rogers

Bahan-bahan
1 ekor ayam


Bahan-bahan mesin
3 biji bawang besar 
4 biji bawang putih 
1 inci halia 
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
2 sudu besar madu 
1 ketul kiub ayam/ serbuk perisa ayam
2 sudu besar kicap pekat manis boleh juga digantikan dgn gula
2 sudu besar herba campuran 
1 sudu teh garam halus 
Sedikit air untuk mengisar
Sedikit mentega 


Cara-cara 
1. Campur kesemua bahan yg dikisar dengan sedikit air dan kisar. 
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. 
3. Perap selama 1 1/2 jam-2 jam.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. 




Selamat mencuba...sori xtau dah dari mana den amik...tu xletak sumber...pe2 pun sedap sgt..try jangan tak try...