_ aKu CiNTa PaDaMu _

Daisypath Anniversary tickers

CaHaYe MaTa...aBaH & iBu.

My Best`day

Daisypath Happy Birthday tickers

My LovelY HubbY

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 9, 2012

Cik B kena Gigit.....

Salam...cam mengeri jer kan..kepada siapa yg penah alami..suruh xleh lupe...aku dah alami..memang sakit beb...siap menitiskan air mata g...


kes nyer berlaku ( Jumaat 06.04.2012 )..mase aku sedap2 bergolek2 atas katil dengan anak manje aku sorang nie..tiba2...t****t....pe lagi..menjerik lar aku kesakitan..memang sakit..sampai tak terkata...dalam sakit2 tu aku masih waras lagi...klo x..sure dak tecik nie dah kena pelempang sulong aku...nak marah pun fikir balik..dak tecik nie bukan faham g pun...sabar jer lar...so aku amik minyak gamat n sapu kat Cik B...hope cepat sembuh....


bila Cik B dah cedera so aku pun cakap kat dak tecik nie.


Ibu : pasnie Qesha kena nenen ngan botol tau...


Qesha : aeee......aeeeeeee..........neeennnennnnnnn...(nenen kot bunyi die..)...


kesian die merayu2..siap selak2 baju aku nak nenen...kesian lak..xjadi nak kasi susu botol lar..kasi yg sebelah g lar....


Hari nie kena gigit g...ala..sakit lar..dah dua2 Cik B kena gigit dak tecik nie...baru nak sembuh yg sebelah tu..dah kena gigit yg sebelah g...


camner nak buat yer..de sape2 leh bantu x? Nur Qalesya Humayra nie, penghisap susu ibu yg tegar..susah nak ajar guna botol..dah byk kali usaha kami sekeluarga..tapi gagal....huhuhu...


please....



kesan darah Cik B...


Sunday, March 25, 2012

Nasihat Orang Tua-Tua Untuk Wanita



 

1. Terlalu lama berdiri
Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk
Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan
Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat
Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur
Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira
Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah
Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banayk berfikir
Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih
Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana
Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut
Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut
Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan
Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).

14. Terlalu minum minuman berais
Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang
Merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.
 




ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Thursday, March 22, 2012

Petua Untuk Kuruskan Badan


1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee.
2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.
3. Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.
4. Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.

AMALAN:
1. Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
2. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.
3. Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tetapi ingat, jangan makan nasi atau roti.
4. Anda digalakkan bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari.



sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Wednesday, February 22, 2012

Model Baby Bites


Salam semua..nie lar model baru baby bites..Nur Qalesya Humayra Binti Muhammad Nazmi from Penang. comel tak???? please vote me.....( nak jadi ratu cantik cam erra )


NQH dengan Bites nyer


NQH nie memang pandai berposing..tgk lar tu...

Hari nie bites Qalesya dah abis..esok ibu beli k...pujuk abah..esok kite g Tesco Seremban 2...cari biskut jejari same..dah nak abis...
sayang anak ibu...


Tuesday, February 21, 2012

SeLaMaT HaRi JaDi ke 9 BuLaN

Salam...walaupun dah lambat tapi ibu still nak gak tempek citer cinte ati nie kat sini...hehehe...

Buah Hati Ibu sorang nie dah besar kan....kejap jer rase nyer mase berlalu...cam baru semalam jer Nur Qalesya Humayra nie di lahirkan....rindu baby tecik yg comel dan kuat menyusu nie...asyik nak di gonggong jer nenen...mujur Ibu nie housewife..klo keje...nenen sape lar Nur Qalesya Humayra nak gonggong...hehehe... ( melucah lak ibu nie...lucah ke??? ) 



 NQH with keta ( Toyota Caldina )


Update : 
  • Alhamdulillah ...Nur Qalesya Humayra membesar dengan sehat dan kuat...sekarang dah boleh menapak 2,3,4 langkah tiap2 hari Ibu akan latih NQH berlatih...die pun rajin dan xmeragam bila ibu nak latih...bagus...Good girl...

  • NQH juga dah pandai tunjuk kat mne die nak g..klo kite dukung and tanya..."Qalesya nak p mane? " so die akan tunjuk lar mane nak p...klo dengan Atuk die..sure die tunjuk jalan kuar rumah n nak g tgk awang...Qalesya...Cucu atuk yg bijak..

  • sekarang nie pandai pilih makan..klo kaler hijau tak nak makan...so ibu kena lar campur dengan karot,kubis purple atau yg lain..bila nampak kaler len kit dari hijau baru nak makan..kdg2 ibu bagi gak...mne leh pilih2...awak tu kecik g dah pandai nak pilih lak tu...Qalesya masih suke ubi kentang..tapi tak gemuk2 pun...huhuhu......

  • Bahaya!...sejak dua menjak nie...NQH selalu buat aksi ngeri dengan kereta die..klo die dok dalam kete..die akan jungkit sampai macam nak jatuh kepala dulu..klo kat luar die akan pegang keta die dan berjalan sambil tolak keta die...Ibu dah penat nak larang...bukan faham pun...last2 die sengeh jer...rasenyer baik simpan jer keta untuk adik2 die...hehehe.... tak serik2 g tu...baru sorang dah bergegar kampung...sakit bagai tak mau..hehehe...

  • NQH gak dah pandai pilih mainan sendiri..so klo berjalan @ lalu kat toys..de jer yg berkenan di hati nyer...pe gi..mula lar aksi merajuk n menangis nak toys...hari tu sekali die pilih yg harga RM3+.++...abah letak lar...coz wet tak cukup...sampai ke rumah merajuk..nenen pun tak nak..last2 abah pujuk dengan ais krim

  • Petang tadi...NQH dah boleh panjat tangga...takut ibu..macam nak jatuh jantung nie..nie kena ajak abah g beli pagar sekat tangga tu..
Nie jer tentang Puteri Sulung Ibu nie...nanti de g Ibu update k...
bye..bye..


MaSaK - MaSaK 2011

Dah basi lar...( en Suami cakap) nak tempek gak..nie lar kenangan I time mengandung Nur Qalesya Humayra tahun lepas...nak gak tempek...nak gak tempek...tak kira...suke hati lar...xsuke...pejam mata sekarang!























Wednesday, February 15, 2012

‎8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah




1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)
info-info yang berguna bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.... ♥♥♥♥